Nani ialah seorang pelakon dan penerbit filem India yang kebanyakannya bekerja di pawagam Telugu selain muncul dalam beberapa filem berbahasa Tamil. Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan filem komedi 2008 Mohan Krishna Indraganti Ashta Chamma, sebuah adaptasi India dari drama Oscar Wilde The Importance of Being Earnest.[1] Selepas kejayaan komersial Ashta Chamma,[2] Nani menjayakan peranan utama dalam tiga filem Telugu pada dua tahun berikutnya: Ride (2009), Snehituda... (2009) dan Bheemili Kabaddi Jattu (2010). Pada tahun 2011, Nani berkolaborasi dengan B. V. Nandini Reddy menerusi filem komedi romantik Ala Modalaindi yang menerima pujian.[3] Pada tahun yang sama, beliau berlakon dalam filem Tamil pertamanya menerusi Veppam arahan Anjana Ali Khan, sebuah filem drama jenayah yang berlatar belakang kejatuhan Chennai Utara.[4] Pada tahun berikutnya, Nani berkolaborasi dengan S. S. Rajamouli dan Gautham Menon masing-masing menerusi filem dwibahasa Telugu-Tamil Eega dan filem romantik Yeto Vellipoyindhi Manasu. Eega, yang berkisarkan tentang seorang pemuda yang dibunuh yang menjelma menjadi nyamuk dan membalas kematiannya, melayakkan Nani menerima anugerah dalam kategori Pelakon Utama Terbaik di Festival Film After Dark Toronto 2013.[5] Beliau menerima Anugerah Nandi untuk Pelakon Lelaki Terbaik bagi persembahannya dalam Yeto Vellipoyindhi Manasu.[6]
Nani terlibat dalam penerbitan filem pada 2013 sebagai salah seorang penerbit dalam filem D for Dopidi.[7] Beliau menghadapi tiga kegagalan pecah panggung dalam tahun-tahun berikutnya: Paisa (2014), Aaha Kalyanam (2014) dan Janda Pai Kapiraju (2015). Nani menyifatkannya sebagai "fasa rendah" dalam kerjayanya dan berkarya pada "perancangan filem dan tempoh masa keluaran tayangannya".[8] Beliau kemudian menjayakan peranan utama dalam Yevade Subramanyam (2015) arahan Nag Ashwin, sebuah filem yang mengisahkan perjalanan seorang usahawan ke Pergunungan Himalaya untuk melakukan penjelajahan sendiri.[9] Nani kemudian membintangi filem komedi Maruthi Dasari Bhale Bhale Magadivoy (2015), di mana beliau memegang watak seorang saintis yang tidak berpengalaman dan mudah terdedah kepada gangguan.[10] Ini merupakan kejayaan blokbuster beliau,[11] dan memenangi Anugerah Pengkritik untuk Pelakon Lelaki Terbaik - Selatan di Anugerah Filmfare Selatan ke-63.[12] Dengan keluaran filem berikutnya, karya usahsama paling menguntungkan Krishna Gaadi Veera Prema Gaadha (2015) dan Gentleman (2015), beliau meraih kejayaan dalam perfileman Telugu.[13] Nani kemudian menjayakan peranan utama dalam filem-filem Telugu yang meraih kenayaan komersial Majnu (2016), Nenu Local (2017) dan Ninnu Kori (2017).[14]
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama veppam
|deadurl=
ignored (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama prod
|deadurl=
ignored (bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama YVS
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBM
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)
|deadurl=
ignored (bantuan)